Islam Itu Mudah

3 Jun 2010 at 10:55 pm | Dikirim dalam Islam Itu Mudah | Tinggalkan komen
Label: , ,

Assalamualaikum wbt. kepada pembaca yang disayangi sekalian. Bacalah dan manfaatkan semua artikel dan bolehlah berbincang untuk bertambah ilmu. Tak payah cerita panjang-panjang, bacalah dalil dari Al-Quran dan hadis.

Islam itu mudah!

Islam adalah agama fitrah iaitu sesuai dengan sifat manusia yang asal. Oleh sebab itu, agama Islam sesuai diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga sekarang.

“Dan sesungguhnya Kami memudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah yang mengambil pelajaran?” (QS. 54:17).

“Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah.” [QS. Thaha (20) : 2]

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya…” [QS. Al-Baqarah:286]

“…Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu….”. [QS.Al-Baqarah : 185]

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Permudahlah dan janganlah mempersulit; tenangkanlah dan jangan menggelisahkan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesungguhnya Allah suka kalau kemudahan-kemudahan-Nya dimanfaatkan, sebagaimana Dia benci kalau kemaksiatan terhadap perintah-perintah-Nya dilakukan” (HR. Ahmad, dari Ibn ‘Umar ra.).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Sesungguhnya Allah Swt. tidak mengutusku untuk mempersulit atau memperberat, melainkan sebagai seorang pengajar yang
memudahkan” (HR. Muslim).

Islam itu mudah dan tidak payah, yang memayahkan adalah diri sendiri.

Dari Nabi Muhammad s.a.w.: “Sesungguhnya agama itu mudah dan tidak sekali-kali seseorang memperberatkan dirinya sendiri dalam melaksanakan agama itu melainkan akan dikalahkan oleh agama itu. Oleh sebab itu, berlaku luruslah dalam beragama itu serta berbuat benarlah. Selain itu, mohonlah pertolongan untuk mengerjakan syariat agama itu pada waktu pagi, petang dan sekadarnya pada waktu malam.” (H.R. Bukhari)

Sertai di perbincangan Islam Itu Mudah di Facebook:

http://www.facebook.com/group.php?gid=108228909195651

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: